Assalamualaikum, Selamat Datang

ke laman Web

Persatuan Permuafakatan Penduduk

Taman Nusa Damai Harmoni

Pasir Gudang



Hari Keluarga 1 Harmoni

Terimakasih kepada semua AJK dan penduduk Jalan Harmoni yang telah menjayakan Hari Keluarga 1 Harmoni ke 2 bagi tahun 2011. Sesungguhnya program ini tidak akan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa usaha dan susun atur yang berterusan. Pihak AJK memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan didalam menjayakan program ini.  Tujuan utamanya  ialah supaya penduduk sekitar Jalan Harmoni dapat mengenal antara satu sama lain supaya keharmonian dapat dipupuk dan rasa selesa menetap di kawasan ini.
Picture

Foto-foto Hari Keluarga 1 Harmoni

Sesi Pendaftaran Pendaftaran
dan
Senaman aerobik

Pendaftaran peserta dari keluarga harmoni bermula jam 7.30 pagi berserta dengan pendaftaran untuk cabutan bertuah. Seramai 250 orang telah mendaftar termasuk kanak-kanak. Pembahagian pasukan juga telah dibuat disini melalui cabutan ribon berwarna.

Peraduan Mewarna Hari Keluarga
1 Harmoni untuk kanak-kanak
di bawah kelolaan
Pn Salmah dan Tadika Restu


Peraduan mewarna dibuka untuk anak-anak Harmoni dari umur 10 tahun kebawah. Pensil warna dan kertas lukisan telah diedarkan dan peraduan mewarna bermula pada jam 9.00 pagi.

Majlis perasmian oleh tetamu kehormat En Chok wakil dari MPPG.
Antara tetamu jemputan yang hadir ialah Tengku Daeng Hj Imran.

Sebagai melengkapkan upacara perasmian satu persembahan tarik tali antara Ahli jawatan kuasa dan wakil setiap rumah pasukan telah diadakan. Pasukan dari AJK Persatuan Permuafakatan Pendudk Jalan harmoni telah memenangi acara tersebut.

Sukaneka Hari Keluarga 1Harmoni bermula
dibawah kelolaan En Hassan dan pembantunya

Acara tarik tali telah mencatat sejarah apabila tali yang digunakan telah terputus semasa pertandingan diantara rumah merah dan kuning. Upacara diselangi dengan cabutan bertuah dan penyampaian hadiah cabutan.

'candid shoot' semasa majlis

Perlawanan bolasepak antara pasukan
dan
Penyampaian hadiah

Perlawanan bolasepak telah diadakan pada akhir sesi Hari Keluarga. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Tengku Daeng Hj Imram kepada pemenang acara-acara yang diadakan. Pemenang piala pusingan pula jatuh kepada rumah Kuning.

Gotong royong untuk persiapan majlis bacaan Yasin Perdana dan tazkirah
(Sabtu - 9.7.2011 )

Pada petang hari Sabtu 9.7.2011 jam 3.00 petang, AJK dan penduduk setempat telah berkumpul untuk menyiapkan khemah, tapak sukan dan hiasan untuk majlis bacaan yasin dan tazkirah yang diadakan pada jam 9.00 malam. Pada masa yang sama gotong royong untuk menyediakan masakan sup kambing telah diadakan di rumah En Rashid dibantu oleh kaum ibu. Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar. Kehadiran dari kaum bapa dan ibu serta anak-anak sangat menggalakkan. Majlis tamat pada jam 11.00 malam.

Hari Keluarga 1 Harmoni 2011
Ke - 2
Nusa Damai Harmoni, Pasir Gudang

Picture
Tarikh       :                 10  Julai 2011

Masa        :                  7.30 pagi

Tempat     :                  Padang Jalan Harmoni
        
  *  untuk maklumat lanjut sila hubungi ketua lorong masing-masing atau AJK.

Aturcara Majlis :



Tarikh

09 Julai 2011

Sabtu

Masa

Selepas Isyak


Agenda

  • Bacaan yassin perdana untuk dikirimkan kepada semua ahli keluarga kita yang telah pulang kerahmatullah

  • Ceramah fadilat Ramadhan bersempena dengan ketibaan bulan Ramadan

  • Sekiranya tuan/puan ada hajat untuk dikirimkan- sila maklumkan kepada AJK

* Jamuan ringan disediakan dari sumbangan penduduk.

Tempat:

Padang Jalan Harmoni


10 Julai 2011

(Ahad)

Padang Jalan Harmoni

Pagi

7.00

7.45

8.10

8.15

8.25

8.5

9.00

Aturcara

Pendaftaran

sarapan pagi

Ketibaan Y.B Dato' Seri Mohamed Khalid Nordin

Ucapan Pengerusi Jalan Harmoni

Ucapan Perasmian :Y.B dato Seri Mohamed Khalid Nordin

Senam Robik

Sukaneka:

Tarik tali

Peraduan mewana kanak-kanak

Terompah Gergasi

Ayam bertelur

Modenas jaguh

Kepit-kepitan

terompah Bola

Hantu makan bola

Ping Pong sudu

Ikatan kasih

Nota :

Peraduan mewarna untuk anak-anak dibawah umur 10 tahun

Hanya pensil warna sahaja yang dibenarkan dan sila bawa sendiri.


Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2011
6 Mac 2011 (Ahad)
Padang Permainan Jalan Harmoni
8.00 pagi

Sebahagian penduduk berkumpul di simpang masuk Jalan Harmoni pada jam 8.00 pagi bersama-sama dengan wakil MPPG, En Chok dan Wakil jawatankuasa penduduk Taman Nusa Damai, Tengku Imran.
Perarakan penduduk bermula dari Jalan Harmoni 1 ke Harmoni 9 dengan selawat dan paluan kompang seterusnya ke Padang Jalan Harmoni untuk majlis selanjutnya.
Ucapan pengerusi Jawatankuasa Penduduk Jalan Harmoni, wakil jawatankuasa penduduk Taman Nusa Damai, dikuti dengan ceramah tentang Maulidur Rasul.
Sebelum menutup majlis, penduduk beramai-ramai membaca selawat.
Majlis berakhir dengan jamuan.

Gambar-gambar sekitar majlis sambutan.

Sambutan Hari YDP MPPG turun padang
Penyertaan Penduduk Jalan Harmoni
27 Febuari 2011
Ahad
Tapak Gerai Taman Nusa Damai

Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2010
9 Oktober 2010
(1432H)
Sabtu
Perkarangan Jalan Harmoni 5&6

Majlis Sambutan Hari Raya 2010  bersama penduduk-penduduk Jalan Harmoni

Sambutan Hari Keluarga Jalan Harmoni Pertama 2009
26 Julai 2009
Ahad
Padang Jalan Harmoni
8.00 pagi